Teks: Anis Sakinah Azizan
Aleya adalah perempuan biasa dan seperti kebanyakkan gadis seusianya yang ingin dicintai dan mencintai. Perempuan yang selalu ingin menari-nari di sebalik awan putih dan menyanyikan lagu-lagu cinta di hatinya. Cinta pertama yang melekat di hatinya semakin hari membuatkan dia terjelempuk di dalam gudang rasa yang luas. Aku mengenalinya dengan rapat sekali. Ketika kami sama-sama belajar di universiti dahulu. Orangnya manis dan ceria. Kisah cintanya disaksikan sendiri oleh aku walaupun berkali-kali Aleya memarahi aku dan mengatakan bahawa jangan dibilang itu adalah cinta kerana dia tidak bercinta dan tidak dicintai. Hanya mencintai seseorang dalam diam.
Aleya adalah perempuan biasa dan seperti kebanyakkan gadis seusianya yang ingin dicintai dan mencintai. Perempuan yang selalu ingin menari-nari di sebalik awan putih dan menyanyikan lagu-lagu cinta di hatinya. Cinta pertama yang melekat di hatinya semakin hari membuatkan dia terjelempuk di dalam gudang rasa yang luas. Aku mengenalinya dengan rapat sekali. Ketika kami sama-sama belajar di universiti dahulu. Orangnya manis dan ceria. Kisah cintanya disaksikan sendiri oleh aku walaupun berkali-kali Aleya memarahi aku dan mengatakan bahawa jangan dibilang itu adalah cinta kerana dia tidak bercinta dan tidak dicintai. Hanya mencintai seseorang dalam diam.
Zed,
teman sekuliah aku yang telah mencuri hati Aleya secara tidak sengaja. Kami
berkawan rapat. Aleya mengenali Zed melalui aku. Memang tidak dinafikan bahawa
Zed mempunyai cirri-ciri lelaki yang bagus untuk dijadikan calon suami. Daya
tarikannya menyebabkan ramai gadis menaruh harapan yang sama kepadanya.
Kemunculan Zed dalam hidup Aleya sangat memberi makna dan
menyinari hari-harinya. Rasa yang terpendam sentiasa menyala-nyala dalam hati
Aleya. Namun, cepat-cepat dia padam apabila berhadapan dengan Zed. Bimbang Zed
mencium bauan cinta di hatinya.
Suatu petang yang indah. Ketika langit luas terbentang meniup angin,
Aleya dan aku sudah terpajak berdiri di atas hamparan hijau yang luas. Kami ke Pesta
Layang-layang di Putrajaya. Akhirnya janji yang dibuat seminggu yang lalu
terlaksana pada petang itu.
Para pemain mengulung-gulung benang sambil memerhati ke atas langit
biru. Sesekali terbelit. Ada juga yang terlepas dari tangan. Aleya mendonggak
ke angkasa melihat sarwa langit yang
bakal senja petang itu. Sejenak berbisik
di hatinya.
“Aku lepaskan kau
layang-layang. Pergilah menuju bintang. Sampaikan mimpiku di sana.” Aleya
memejamkan matanya tanpa peduli aku sedang berada di belakangnya.
“Hai, berangankah? Suara aku membuatkan Aleya terkejut dan
menamatkan lamunannya.
Itulah Aleya yang kuat mengelamun dan berkhayal dengan
mimpi-mimpinya. Semasa di alam kampus dahulu, puas aku menasihati dan
memujuknya. Namun, dia tetap dengan keresahan hatinya.
“Zara, kau suka main layang-layang?” Tanya
Aleya dengan tiba-tiba.
“Suka.”
Pantas aku menjawab soalan Aleya.
“Kenapa?”
“Sebab layang-layang
berani menentang angin demi kelangsungan harapannya untuk bebas di udara.”
“Kau
pula?” Soalan bertukar kembali kepada Aleya.
“Suka.
Tapi aku tidak pandai bermain. Aku hanya suka melihatnya dari jauh.
“Habis
kau tidak berusaha untuk memenangi hati si layang-layang?’
“Maksud
kau?” Aleya membutangkan matanya.
“Aku
tahu kau pasti faham maksud aku bukan?” Aleya terus terpaku dan membisu tanpa
kata sehinggalah dia bersuara kembali.
“Zara,
aku ini perempuan yang diulit dengan perasaan malu. Meskipun cinta itu sangat
meresahkan jiwa, apa yang terdaya untuk aku lakukan? Luahkan pada dia? Kemudian
apa?”
“Nanti
kau yang rugi kalau lepaskan dia begitu saja.”
“Andai
terlepas sekalipun, jika memang cinta itu sejati, ia akan kembali sendiri pada
aku. Umpama layang-layang yang terlepas dari tangan, andai ia milik aku pasti
aku menemuinya kembali bukan?”
“Jadi,
sampai sekarang Zed tidak tahu cinta kau pada dia?” Soalan aku menerjah ke ruang
minda Aleya. Perlahan-lahan Aleya melangkah dua tapak ke hadapan sambil mengais
rumput di hujung kakinya.
“Mungkin.
Dua tahun yang lalu, ketika aku bermain layang-layang di padang kampus, aku
sudah tekad untuk melepaskan cintaku terhadap Zed. Bagi aku cinta yang sebenar
adalah cinta yang melepaskan bukan mengikat. Aku belajar untuk membebaskannya.
Sama seperti hari itu, saat layang-layang yang dihulurkan Zed kepada aku
terputus talinya lalu jatuh entah ke mana.” Aleya mengimbau kenangan lalu yang pernah
tersimpan di tabung mindanya.
“Kau tak
mencari layang-layang yang putus itu?”
“Tidak
pula. Kenapa?”
“Habis,
bagaimana kau mahu ketemu semula dengan layang-layang yang hilang itu kalau
tidak berusaha dan gigih?”
Aleya
mengetap bibir. Pandangannya jauh melihat langit. Kepalaku pula berputar-putar
mengisar angin dan melihat awan-awan kekabu terapung di atas kepala. Kami
memandang langit-langit biru dan akhirnya pandangan itu jatuh ke bawah. Lalu
aku memandang Aleya. Cinta di hatinya sangat mahal. Terlalu mahal untuk dia
luahkan pada seorang lelaki.
Aku
terus mendakap tubuh Aleya dan memberinya semangat. “Leya, maafkan aku kerana
terlalu berkeras tadi. Jika cinta yang kau simpan itu selalu menyeksa batinmu,
tetaplah hatimu untuk terus melepaskannya. Aku sentiasa ada di sisi kau.
Perlahan-lahan
Aleya mengusir air matanya yang jatuh tertumpah. Hatinya selalu gelisah saat merindui
Zed dan Zaralah tempat dia meluahkan segala hal.
“Leya,
aku tahu kau kuat. Jika hakikat cinta yang kau lepaskan itu terlalu sejati
dan suci ia akan kembali sendiri padamu. Terima kasih Leya kerana ajarkan aku
tentang cinta sejati ini.” Kami tersenyum bahagia. Lewat petang itu terpahat di
dalam lipatan kenangan.
Sejak
hari itu, aku benar-benar faham hakikat cinta sebenar. Aleya telah membuka
pintu hatiku.
Dan hari
ini. Aku juga telah menemui cinta sejatiku.Cinta yang halal untuk dinikmati
dengan kekasih halal. Aku telah berumahtangga selepas Aleya menemui cinta
sejatinya kembali. Ternyata cinta yang dia pertaruhkan dalam diam itu membawa
nilai yang sangat istimewa dalam dirinya. Kata Leya, Zed juga menjaga hatinya
ketika di zaman kampus. Bagi Zed, cintanya hanya pada isterinya, bukan pada
perempuan yang menyukainya secara terang-terangan.
Aleya sudah menjumpai layang-layangnya yang
pernah putus. Rupanya, layang-layang itu telah disimpan kemas oleh Zed.