Bismillahirrahmanirrahim…
Segala
puji bagi Allah. Selawat dan salam pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah,
diberi kesempatan masa untuk menulis semula di sini. Rasa bersalah yang amat kepada
diri kerana tenggelam dalam sistem masa yang tidak diurus dengan baik. Angan-angan
untuk merealisasikan mimpi menjadi nyata kian malap seketika. Puas memujuk hati
dan mendesak diri untuk membuat coretan.
Sikap
malas membuka komputer riba yang terganggu dengan kemudahan internet membataskan
tindakan menulis di sini. Padahal selalu sahaja online di media sosial. Itu
pun dengan tablet. Dan hari ini, disebabkan kemudahan internet yang agak
membantu telah mendorong diri untuk membuat anjakan paradigma. Hehe.
Saya
tak dapat nak mencoret panjang lebar kerana ada urusan yang sedang menanti. Seronok
saya melihat post-post terbaru rakan sekelas yang sudah boleh dijilidkan
menjadi sebuah buku. Syabas!
Doakan
saya supaya tetap dengan jalan ini.