Teks: Anis Sakinah Azizan
Rasa kaku apabila lama tidak mengetip di papan kekunci. Bimbang rasa itu berlanjutan maka kali ini saya ingin coretkan sedikit tentang catatan pengisian yang saya dapat semasa menghadiri Bengkel Aktivis Kreatif anjuran MAPIM yang bertempat di Baitul Ummah Sungai petani. Penulisan kali ini saya ingin mengajak diri saya sendiri dan golongan muda untuk menceburkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.
Rasa kaku apabila lama tidak mengetip di papan kekunci. Bimbang rasa itu berlanjutan maka kali ini saya ingin coretkan sedikit tentang catatan pengisian yang saya dapat semasa menghadiri Bengkel Aktivis Kreatif anjuran MAPIM yang bertempat di Baitul Ummah Sungai petani. Penulisan kali ini saya ingin mengajak diri saya sendiri dan golongan muda untuk menceburkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.
Aktivis
atau sukarelawan adalah orang yang bekerja tanpa gaji, membuat sesuatu manfaat
ke atas orang lain kerana Allah Taala. Itu adalah maksud yang saya
terjemahkannya sendiri. Mungkin ada maksud yang lebih terperinci berkaitan
aktivis.Walaubagaimanapun, saya pasti ramai yang sedia maklum dengan perkataan
sukarelawan atau bahasa inggerisnya volunteer.
Apa
yang perlu ada di dalam diri seorang aktivis?
Perkara
pertama yang ditekankan oleh Pengerusi MAPIM adalah niat. Hal ini adalah kerana
setiap amalan didasari dengan permulaan niat. Berniatlah dalam setiap perbuatan
baik yang kita bakal lakukan hanya kerana Allah.
Selain
itu, perlu berkorban.
“Berkorban
dengan memberi sesuatu yang kita sayang. Bukan apa yang kita ada lebih. Itu
bukan berkorban namanya. Ujar Cikgu Azmi selaku Pengerusi MAPIM yang hadir
dalam slot perkongsian.
Saya
amat bersetuju dengan beliau apabila beliau berkata. “Contohnya, kita sayangkan
duit. Tetapi kerana agama Allah, kita beri duit tersebut untuk membantu orang
lain.”
Kata-katanya
mengingatkan saya tentang peristiwa bertemu dengan seorang Pak Cik India di Tesco
baru-baru ini. Usai saya membuat urusan di mesin ATM, saya didatangi seorang
Pak Cik India yang meminta saya mengeluarkan duitnya daripada mesin ATM.
Katanya ingin mengambil duit bagi membeli minyak kerana motorsikalnya kehabisan
mintak di tepi jalan.
Saya
tidak tahu sama ada Pak Cik itu tahu atau tidak tentang wang simpanannya di
dalam bank. Dua kali saya menekan jumlah yang ingin dikeluarkan sebanyak RM 100
transaksi tidak berjaya. Salah saya juga kerana tidak membuat pertanyaan baki.
Entah apa saya rasa selepas itu, ada rasa yang menghambat di hujung hati.
sebenarnya baki di dalam bank Pak Cik tersebut hanya ada RM10.
Pak
cik tersebut beredar perlahan-lahan meninggalkan mesin ATM dan kelihatan resah
kerana jarak rumahnya agak jauh dari situ, bagaimana mahu pulang jika minyak
motor tidak dapat diisi. Orang lain hanya mendengar sambil menunjukkan wajah
tidak percayakan Pak Cik tersebut walaupun berkali-kali dia bercakap sendiri.
Sebelum
Pak Cik itu pergi jauh saya berlari-lari mendapatkannya. “Uncle, ini saya ada
sedikit wang buat isi minyak. Semoga ini membantu.” Pak Cik India tadi ceria
kembali melihat saya.
Rasa
dahaga saya hilang selepas melihat wajah Pak Cik tersebut kembali tersenyum.
Sebenarnya itulah juga duit bagi saya membeli air. Hanya duit itu yang saya ada
ketika itu. Benarlah kata-kata yang saya percaya. ‘Bahagia bukanlah ketika kita
banyak memiliki tetapi bahagia adalah ketika kita banyaknya memberi.’ Allahu.
Itulah kata-kata yang yang memberi saya inspirasi. Dan benar juga, berkorban
adalah dengan memberi apa yang kita sayang seperti duit.
Baik.
Seterusnya adalah nilai yang perlu ditanam dalam diri seorang aktivis adalah
dengan tidak memanjakan diri. Kita perlu sanggup untuk keluar dari zon selesa.
Sanggup tidak selesa untuk membantu orang susah. Jika gunung yang harus didaki
bagi selamatkan orang susah dan jika sungai yang harus diredah bagi membantu
orang lain, itulah yang harus kita tempuh. Kerja kebajikan bukan untuk orang
yang lemah dan manja. Para aktivis tidak dihidangkan dengan tempat tidur yang
mewah, makanan yang sedap dan keperluan yang lengkap ketika turun padang. Jadi,
sikap manja tiada dalam kamus seorang aktivis.
Di
samping itu, seorang aktivis perlu mempunyai daya inisiatif yang tinggi.
Sentiasa kreatif untuk lakukan kerja-kerja kebajikan. Bertindak tanpa disuruh.
Sebaliknya, dia harus tahu apa yang perlu dia lakukan ketika berada di
lapangan. Begitulah.
Dan
terakhir sekali adalah dengan mendahulukan orang lain. Ini sama seperti kita
mengorbankan kepentingan diri demi orang lain.
Aktiviti
sukarelawan ini tidak semestinya harus yang besar-besar, sekecil-kecil aktiviti
pun boleh lakukan, misalnya mencuci tandas masjid, menolong membuang duri di
tepi jalan, memberi sedekah dan sebagainya.
Akhir
kata, marilah kita mencontohi Asma’ Abu Bakar yang menghantar makanan ke Gua
Thur setiap hari. Seperti Saidina Ali yang pernah mengantikan tempat tidur
Rasulullah ketika dikepung oleh 11 pemuda Quraisy termasuk Abu Jahal dan Abu
Lahab. Malah, mencontohi Rasulullah yang setiap hari menyuap seorang wanita
buta dari golongan yahudi walaupun wanita tersebut selalu menghina dan mengkeji
Nabi SAW. Begitulah teladan yang harus kita ikuti. Mencintai kebaikan seperti
yang dilakukan oleh para sahabat Nabi dan Rasulullah sendiri.
InsyaAllah
setiap kita mempunyai potensi yang baik untuk ditonjolkan. Ayuh, anak muda kita
lakukan sesuatu yang baik mulai sekarang!
‘Success is not just about what you accomplish in your life,
it’s about what you inspire others to do.’
Kejayaan
bukan hanya diukur untuk diri sendiri. Kejayaan diukur melalui sumbangan kita
kepada orang lain.
“Jika
kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk
diri kamu.”
-(Al-Israa’: Ayat 7)