Tajuk
buku: Kumpulan Cerpen Melawan yang Mustahil
Penulis:
Ruhaini Matdarin
Menariknya
buku ini dari sudut pengolahan ceritanya yang padat dan sarat dengan isu
kehidupan. Bagaimana manusia bergolak dalam kehidupan seharian yang dilatari dengan
ketidaktentuan ekonomi, kecelaruan sosial, budaya yang rencam dan politik yang
kian parah.
Dalam buku ini terdapat sepuluh
tajuk cerpen. ‘Melawan yang Mustahil’ diangkat menjadi judul utama buku ini. ’Melawan
yang Mustahil’ memaparkan kisah bagaimana seorang wanita tempatan yang bekerja
di Chiang Mai, Thailand bertemu dengan seorang lelaki Thailand di sana. Bibit
pertemuan mereka bermula semasa mereka berdua berjumpa di dalam kabin pesawat
yang membawa penumpang ke Thailand. Disebabkan berbeza budaya dan pegangan
agama, Rafizah sedaya upaya melawan hasrat Nitikorn untuk bersama dengannya. Nilai
ketimuran dan pegangan agama Rafizah berjaya membuatkan hatinya keras dan melawan
sesuatu yang mustahil. Sebaliknya dia hanya berserah kepada ketentuan masa.
Saya kira buku cerpen yang bersaiz
sederhana ini sangat menarik untuk dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Isi
kandungan setiap cerpen mengajarkan sesuatu yang baik kepada pembaca. Tahniah
kepada penulis kelahiran Negeri di Bawah Bayu ini kerana berusaha keras di
dalam bidang penulisan sehingga dianugerahkankan sebagai Pemenang Pertama
Cerpen di dalam Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM
PENA-Berita Harian.
No comments:
Post a Comment