“Anis,
menulis itu ibadah.”
Itulah
kata yang dicoretkan oleh Tuan Bahruddin Bekri di muka hadapan buku Penulis
yang Disayangi Tuhan sebelum ditandatanganinya. Tapi berapa ramai yang menulis
kerana Allah? Dan tahniah buat mereka yang meletakkan Allah sebagai matlamat
utama untuk menulis. Saya juga pernah ditanya, “kamu menulis kerana apa, siapa,
dan kenapa?”
Sungguh, waktu itu saya belum punya
apa-apa jawapan. Jelaslah kini, mengapa saya selalu sahaja kurang praktis untuk
menulis. Dalam erti kata lain, malas untuk menulis walaupun tahu benar musuh
utama menulis itu adalah malas. Kerana apa? Sebab matlamat tidak jelas. Tidak meletakkan
Allah sebagai tujuan utama. Selepas saya membaca buku karangan Tuan BB, saya
faham kesemua isi yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Saya memuji novel ini
walaupun pada mulanya saya kurang faham jalan ceritanya hinggakan saya hampir
saja tidak ingin membacanya. Rupanya, saya harus bersabar ketika membaca,
umpama menyelam ke dasar laut yang dalam untuk menemui mutiara yang berharga. Begitulah,
saya memaksa diri untuk membaca dan akhirnya, saya dapat lebih dari itu.
Selepas berbengkel tempoh lalu,
alumni-alumni bengkel mewujudkan satu group sokongan yang diberi nama
singkatannya sebagai KKS. Saya diberitahu oleh Tuan BB tentang group itu lantas
dimasukkan sebagai ahli KKS yang akan bersama-sama bergerak secara berpasukan
untuk menulis cerpen. Antologi cerpen ini bakal diterbitkan secara E-Novel oleh
PTS dan dapat diakses melalui Google Play Store. insyaAllah, saya turut
menyumbang sebuah cerpen untuk E-Novel KKS untuk siri yang ketiga. Projek ini
akan berterusan selama mana mungkin. Inilah langkah pertama untuk saya maju
setapak di dalam bidang penulisan. Terima kasih atas peluang itu.
Saya ada penyakit rendah diri yang
sangat dalam. Hal itu selalu sahaja membebankan minda saya. Bukanlah kerana
bimbang dikritik atau ditegur. Cumanya, rasa seperti ingin melahirkan anak
sahaja. Walaupun saya tidak tahu rasa yang sebenar itu bagaimana. Rasa yang
buat saya takut-takut. Itulah rasanya selepas saya menghantar karya pertama itu
kepada editor KKS. Akhirnya selepas menghantar di emel terus saya memejamkan
mata, tidur. Moga-moga dengan harapan bangun dari tidur esok pagi rasa itu
sudah hilang. Berada bersama ahli alumni yang lain juga buat saya merendah
diri. Saya ini apa yang ada, sedangkan yang lain sudah lama berjinak dalam
bidang ini.
Sebenarnya saya rindu dengan Kak
Siti Khadijah Diana. Dia rakan satu kelas penulisan online bersama saya. Oh ya,
nanti dia akan baca juga post saya ini. “Kak, ke mana menghilang?” Dah lama tak
borak-borak di FB tanyakan pendapatnya tentang penulisan. Saya yakin, dia
menyepi seketika untuk selesaikan satu tugasan atau tanggungjawabnya. Mungkin sedang
menumpukan sepenuh perhatian pada novel keduanya. Beliau juga teman berbual
saya untuk memberi semangat saat saya kebuntuan. Moga-moga dia sihat dan berada
di dalam perlindungan Allah.
Buat guru online saya, Puan Mazlia
Murat yang kini sudah menimang cahaya mata yang comel, terima kasih atas tunjuk
ajar. Maafkan saya kerana masih terbengkalai dalam menyiapkan tugasan dan
kurang memeriahkan blog ini. Doakan saya terus maju serta yakinkan saya bahawa
saya tidak tersalah langkah untuk terjun dalam bidang ini.
Kata orang, apa yang kita minat
tidak semestinya itu yang kita perlu. Saya berharap sangat agar tanggapan itu
tidak seratus peratus benar. Mungkin Allah mahu saya terus belajar lagi. Kini saya
sedar, menulis juga bukan sesuatu yang mudah. Saya kagumi mereka yang telah
menghasilkan karya sendiri. Dalam hati tak putus-putus menyoal, bagaimana
mereka boleh menghasilkan novel?
Menulis cerpen atau novel tidak sama
seperti mengupdate status di facebook, huhu. Itu saya akui. Untuk mengemaskini
status di facebook, pantas saja jari ini, tambah-tambah bila idea tengah
mengalir. Terus saya menulis di dinding facebook. Dari situ, ada yang menyangka
saya akan dapat membuat cerpen yang baik dek kerana mereka membaca status fb
saya. Wahal, sangat bertentangan. Rasa perit bila tidak selalu berlatih
menulis. Apabila diberi due date untuk menghantar cerpen, kelam kabut
saya siapkan. Dapat last minute sebabnya saya ketinggalan mengikuti kumpulan
sokongan itu. Kerana keperihatinan Tuan BB, saya sempat berada di situ. Umpama baru
hendak naik kapal, sedangkan kapal itu hampir sahaja mahu bergerak ke
destinasinya. Huh,berpeluh. Namun saya bersyukur atas peluang itu. Saya harap,
dapat berlayar bersama-sama ke tengah lautan penulisan.
Kembali semula ke tajuk asal. Seperti
yang saya ingin tekankan di sini. Menulislah, kerana ianya satu bentuk ibadah. Satu
cabang dakwah, dakwah bil maqal.
Salam sis. Baru berkesempatan baca. Ya, akak baca post ni. Hehehe.
ReplyDeleteUntuk Anis, teruskan menulis. Memang diakui, malas memang musuh utama seorang penulis. Sebab itu, kita kena displin. Tapi, masing-masing punya cara masing-masing. Akak hanya menulis time nak menulis. Akak tak suka paksa. Tapi sebenarnya, ia sangat merugikan. Tapi inilah diri akak.
Jangan terlalu fikirkan kelemahan karya yang kita hasilkan. Kalau ada orang kritik, ambil semua tu sebagai teguran untuk kita meningkatkan tulisan kita di masa akan datang. Yang paling Anis kena tahu, kena lawan kritikan dalam diri semasa menulis. Abaikan komen-komen macam 'best ke tak karya aku ni.' Janji siap satu, lepas tu edit.
Insyaallah, akak doakan 'first baby' Anis akan keluar nanti. Yang penting, jangan menyerah. Usaha dan tawakkal ya. :)
p/s : akak ada aje dalam FB. Pm bila-bila masa, pasti akan dijawab. Cuma akak tak pandai nak update status bagus-bagus macam yang Anis buat. :)
wasalam kak..Alhamdulillah ...terima kasih kerana masih menyuntik semangat Anis. InsyaAllah, Anis akan buat yang terbaik untuk karya yang seterusnya. Projek selepas ini harus di-submit sebelum 16 Jun. Cerpen juga.
DeleteOk. Baik, ingat Akak terus deactive facebook.he
Hehe. Tak adalah. Ada time deactive jugak. Tapi akan on balik kalau nak berhubung untuk kerja. Teringin sangat nak terbitkan cerpen, tapi tak ada rezeki lagi. T_T
DeleteAkak, try follow fb projek 50 penulis-pembaca itu, mereka akan meneruskan projek Kapsul Nurani 2. Hantar saja karya ke emel mereka. Satu lagi saya lihat di fb sekarang para alumni kursusupenulisan telah menjalankan projek cerpen muzikal. Akak terlibat tak? atau tahu mengenainya?
DeleteNanti akak try cek.
Delete