Gambar: Facebook
Seminggu
sebelum…
“Izzah,
boleh kita berbual sekejap?” Aku menelefon teman karibku. Entah mengapa hati
rasa seperti resah dan gelisah. Lalu dia menjadi sandaranku untuk diluahkan.
“Lama
aku tidak mendengar cerita tentang kau walaupun baru dua hari tidak berbual di
telefon.” Izzah ketawa kecil di telefon.
“Begini,
kau ada berhubung dengan Zed?” Aku segan untuk menanyakan soalan itu, tetapi
disebabkan ingatan aku terhadap Zed aku gagahkan juga bertanya pada Izzah.
Izzah
membalas, “Ada juga semalam, kenapa?”
“Tak
ada apa, Cuma aku tiba-tiba teringatkan dia, nak hantar mesej pun aku segan.”
Sebenarnya aku cuba sembunyikan keegoaan aku.
“Yana,
bagi aku tak salah jika kau teringatkan dia, kita kan kawan. Janganlah
disebabkan ego, kau jadi begini. Sekurang-kurangnya mesejlah dia tanya khabar
sementara orang itu masih ada di sini. Hargai masa yang ada.” Izzah memberi
pesan padaku.
Aku menamatkan
perbualan aku dengan Izzah. Setelah mendengar kata-katanya. Ego yang aku dukung
selama ini aku runtuhkan sedikit demi sedikit. Aku tahu Zed juga pasti hairan
dengan sikapku yang seolah-olah cuba menghilangkan diri. Itulah ego seorang
perempuan.
Perbualan
aku dengan Izzah membuat aku bertambah yakin untuk menaip mesej kepada Zed.
Betul katanya. Tapi, kenapa Izzah kata seperti itu. Sementara dia masih ada di
sini? Zed mahu ke mana?
Aku ditindih
soalan.
Aku dengan
Zed agak rapat kerana kami saling bekerjasama di dalam kelab dahulu. Apabila
tamat belajar, masing-masing telah membawa diri. Cuma ingatan dan kenangan masa
lalu yang kian menghubungkan tali persahabatan kami. Ada sedikit perselisihan
faham di antara kami yang membuatkan ego aku menebal dan jauh hati dengan Zed.
Lalu, hubungan kami menjadi tegang. Aku menunggu mesej dari dia dan dia
menunggu mesej dari aku. Begitulah yang diceritakan Izzah padaku. Masing-masing
ego.
Tiga
hari sebelum…
Hari
ini aku menaip mesej kepada Zed. Berdebar-debar rasa. Agak lama kami tidak
berhubung. Kami saling berbalas mesej. Harapan aku dan Izzah agar Zed dapat
turun semasa majlis konvokesyen kami nanti. Bolehlah lepak-lepak macam dulu
dengan yang lain. Segala pelan telah diatur. Aku sudah berangan-angan untuk
menyusun program dengan Zed. Tinggal sebulan sahaja lagi untuk
merealisasikannya. Alangkah seronoknya, jika semua dapat turun bersama, aku,
Izzah, Zed, Wan dan Cempaka. Tiba-tiba, Zed kejutkan aku dengan mesejnya.
“Aku
sebenarnya tak dapat turun untuk majlis konvokesyen korang nanti.”
Hati
aku senak seketika. Aku terdiam membaca mesej tersebut. Cepat-cepat aku
bersorak kembali.
“Kenapa?” aku terus menyoal.
“Aku
akan ke Beijing dua hari lagi, untuk meneruskan pengajian di Tianjin Foreign
Studies University. Aku terpilih selepas menghadiri sesi temuduga yang
dianjurkan oleh pihak universiti untuk ke sana. Maafkan aku sebab tidak
beritahu kau awal-awal.”
“Betulkah
Zed?” Aku terus menyoal untuk memastikannya.
“Ya,
betul Yana. Aku tidak bergurau dengan kau.”
“Sebenarnya,
aku tidak tahu nak cakap apa, apa-apapun tahniah!” Riak muka aku menjadi kelat,
hati aku bungkam. Terputus kata untuk membalas mesej Zed.
“Aku
juga tidak tahu nak kata apa pada kau Yana.” Mungkin Zed sedang memahami
perasaan aku saat itu.
Baru
kini, aku faham apa maksud Izzah tempoh hari. Rupanya Izzah sudah tahu terlebih
dahulu dari aku, Cuma dia mahu Zed beritahu aku sendiri. Tinggal dua hari
sahaja lagi. Rasa kesal kerana sebelum ini aku mempertahankan ego aku untuk
menghilangkan diri dari Zed. Zed tahu aku marah dengannya. Jadi, dia hanya
menunggu aku menyapanya terlebih dulu.
Dua
hari sebelum…
Masa
yang berbaki dua hari aku tekad untuk mengetahui perkembangan Zed. Dia sedang
menjalani kursus sebelum ke sana. Kami sempat berseloroh di ruang mesej.
“Doakan
aku lekat ilmu di sana!” Zed meminta aku berdoa untuk dia. Tidak pernah dia
begitu. Aku tersenyum sendiri.
Aku
terus menaip mesej. “Dah jadi orang hebat nanti, jangan lupakan aku pulak,
kalau kau masih ingat ayat itu."
Itulah ayat yang aku pernah katakan pada Zed semasa di perpustakaan. Entah mengapa, sejak hari pertama melihat dia, aku rasa dia orang yang hebat.
Itulah ayat yang aku pernah katakan pada Zed semasa di perpustakaan. Entah mengapa, sejak hari pertama melihat dia, aku rasa dia orang yang hebat.
“Ayat
itu aku ingat, tapi hebat yang kau katakan itu aku tidak tahulah hebat yang
macam mana.” Zed ketawa.
Hari
kejadian…
Zed
pesan padaku semalam supaya tidak bersedih seperti mana aku bersedih semasa
kami mengadakan majlis perpisahan tempoh lalu di kolej aku. Tempoh setahun
bukannya lama. Pejam celik pejam celik cukup setahun.
“Kau
jangan nak menangis segala. Lakonan saja tu.” Zed memang selalu menyakat aku.
Aku tidak
dapat mengiringi perjalanannya ke lapangan terbang kerana jarak kami yang jauh. Hanya Khidmat pesanan ringkas yang
menghubungkan kami.
“Jaga
diri!” ringkas pesanan dia pada aku sebelum berlepas pagi itu. Dia bakal
berlepas dengan pesawat MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Gembira melihat
dia bakal berkelana di sana. Rezeki dia di tempat orang dan yang paling seronok
segala aktiviti panjat-memanjat Zed bolehlah diteruskan di sana, pasti tembok
besar China itu ditawannya.
“Aku
pergi dulu. Jaga diri.” Zed sekali lagi memesan padaku.
Keesokan
hari…
Aku
bangun dari tidur. Terkejut dengar bunyi mesej di telefon. Nama Izzah tertera
di skrin inbox message.
“Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370
terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi. Pesawat yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing. Cepat buka facebook, aku nampak nama Zed tersenarai di situ."
Aku tatap mesej dari Izzah penuh rasa cuak, berdebar dan
risau yang bergelora panjang.
Pada saat itu, tiada kata yang lebih besar melainkan mengucap
panjang dan menyebut nama Allah. Aku tampar pipi berkali-kali supaya aku tidak
bermimpi.
Terkebil-kebil anak mata menghidupkan laptop. Ternyata satu dunia
sedang hangat membicarakan tentang MH370. Di satu kenyataan media, aku lihat
nama Zed tersenarai di situ. Itulah pesawat yang dinaiki Zed semalam.
Jantung aku rasa seperti nak terkeluar dari badan. Setitis demi
setitis air mata menuruni di celah pipiku. Ya, Allah. Besar ujian ini untuk
aku, apatah lagi buat kaum keluarganya.
"Sahabat, khabarkan tentang keberadaanmu di mana." Aku terus menerus mengharap dan berdoa agar Allah memudahkan urusan pencarian pesawat yang hilang itu.
"Sahabat, khabarkan tentang keberadaanmu di mana." Aku terus menerus mengharap dan berdoa agar Allah memudahkan urusan pencarian pesawat yang hilang itu.
“Maafkan aku sebab hilangkan layang-layang kau
dahulu, tapi janganlah kau pula yang hilang saat kau terbang ke langit.” Aku
mengesat tangis.
Pagi itu aku diselubungi kesedihan. Matahari pula sudah mula membakar. Heningnya buat aku bertambah muram. Zed pernah pesan pada kami. Katanya, "Harapan itu sentiasa ada seperti mana terbitnya matahari pada setiap pagi, selagi matahari terbit, selagi itu harapan itu masih ada."
Begitulah harapan aku pada Zed. Sama seperti terbitnya matahari di setiap pagi.
Pagi itu aku diselubungi kesedihan. Matahari pula sudah mula membakar. Heningnya buat aku bertambah muram. Zed pernah pesan pada kami. Katanya, "Harapan itu sentiasa ada seperti mana terbitnya matahari pada setiap pagi, selagi matahari terbit, selagi itu harapan itu masih ada."
Begitulah harapan aku pada Zed. Sama seperti terbitnya matahari di setiap pagi.
Aku duduk di atas kerusi di hadapan rumah. Kertas putih yang berada di atas
meja aku capai lalu menulis sesuatu.
Pesanmu
padaku janganlah berduka, jangan menangis bilaku tiada…
Aku mencuba…
MH370
cepat kembali, bawa Zed pulang.
Kertas
dilipat-lipat menjadi kapal terbang kertas. Aku baling sekuat hati.
“Zed…
kau hebat, sebab itu Allah pilih kau untuk perkara yang hebat. Ujian kau
juga hebat. Itulah kehebatan kau yang
kau tanya pada aku.” Aku terus melihat langit pagi itu.
“Sebenarnya,
ada sesuatu yang hendak aku katakan…”
No comments:
Post a Comment