Pagi
itu mak dan adik bersiap-siap untuk menghantar saya ke tempat kerja. Disebabkan
adik mahu guna motorsikal, saya terpaksa mengalah dengannya dan meminta mak
menghantar saya ke maahad. Bergeraklah kami bertiga dengan menaiki van rusa
berwarna maroon. Hari itu, mak tidak berniaga kerana ingin selesaikan urusan
penting.
Sebelum
mak menghantar saya, kami singgah di tempat yang mana mak mahu selesaikan
urusannya. Saya hanya menunggu di luar pejabat. Mak dan adik sahaja yang masuk
ke dalam pejabat.
Beberapa
minit berlalu, mak melangkah keluar dengan laju. Adik mengekorinya di belakang.
Saya bingkas bangun dan mengekori mereka.
Di dalam
van, mak melempiaskan kerisauannya kepada kami. Saya hanya mendengar tiap kata
yang terluah dari mulut mak.
Apabila
sampai di hadapan pintu maahad, saya menghulur tangan untuk bersalam dengan
mak. Tangannya saya cium.
Sebelum
pintu van dibuka dan kaki saya memijak tanah. Mak bersuara.
“Doakan
untuk mak.”
Saya
senyum dan angguk.
Saya
tahu resahnya bagaimana. Jiwa ini cukup memahami.
“Semoga
Allah mudahkan urusan mak.”
Jika
sebelum ini hanya ungkapan tersebut yang selalu saya minta mak doakan untuk
saya. Tapi kali ini hati saya betul-betul tersentuh.
“Doa
untuk mak.”
No comments:
Post a Comment