Hari
ini hari sabtu. Cuti. Jadi, saya berehat di rumah sebelum balik ke maahad. Disebabkan
lapangnya pada masa ini, saya meneruskan sesi menulis diari ini. Sepatutnya,
cerita yang hendak ditulis ini ditulis dua hari yang lepas. Selepas kelas
hafalan tamat semasa itu.
Sedang
menunggu mereka datang menghafal di hadapan saya. Sempat juga saya
berfikir. Seorang demi seorang saya
perhatikan. Masing-masing punya keistimewaanya tersendiri. Ada yang pandai
melukis, menulis khat, mengalun ayat suci dengan baik sekali, rajin mengemas
rumah dan mewarna sekalipun. Saya percaya setiap dalam diri mereka ada bakat
yang tidak ditonjolkan. Masih malu-malu kucing. Tambah-tambah semasa ingin
berlatih qasidah dan nasyid. Hanya dua tiga orang sahaja yang mengeluarkan
suara dengan nada yang sepatutnya. Selebihnya, masih di tahap kanak-kanak yang
malu tapi mahu.
Jika
mereka ada keistimewaan membaca hati manusia. Pasti apa yang terdetik di hati
waktu ini mereka dapat agak. Baiklah! Bukan mereka, walau salah seorang dari
mereka pun. Setakat ini, saya rasa tidak ada. Jadi, saya selamat untuk
bermonolog dalaman.
Bila
memandang anak-anak yang semakin meningkat keremajaan ini, yang saya anggap
sebagai adik-beradik, saya ingin sekali tahu apakah corak masa depan mereka
nanti? Pasti lebih baik dari saya yang banyak dosa ini. Saya ini yang ingin
sekali tahu tentang masa depan mereka itu nanti, masa depan diri sendiri
sudahkah saya juga tahu masa depan saya nanti bagaimana. Hari-hari saya
berfikir tentang masa depan sampai gugur rambut, walaupun memang hari-hari
rambut saya akan selalu ada yang gugur.
Semalam.
Dapat mesej dari kawan satu universiti. Kawan yang pernah saya merembeskan
resah dan sedih saya kepadanya. Berasal dari Kelantan yang kini bekerja di
salah sebuah syarikat produksi nasyid yang terkenal di ibu kota Kuala lumpur.
Namanya Cik Mimpi (maksud namanya). Cik Mimpi bertanyakan saya tentang perkara
yang saya langsung tidak terfikir buat masa itu. Katanya, hutang dah mula
bayarkah?
Saya
memang lupa atau buat-buat lupa. Oh tidak! Hutang PTPTN yang masih belum mula
bayar. Kesian dia. Terpaksa dengar keluhan saya yang agak membosankan.
Saya
ini kerjanya tidak berpangkat apatah lagi gaji beribu-raban. Kalau adapun
cukup-cukup makan sahaja. Kerja sebagai Ustazah Warden yang mengerti benar
posisinya bagaimana. Jika diberi lebih, lebihlah upahnya. Jika kurang tetap
juga terima.
Oleh
itu, saya tidak berminat lagi untuk berfikir tentang hutang PTPTN walaupun saya
tahu hukum tidak membayar hutang itu bagaimana.
Ayat
paling panjang sekali dalam al-Quran ialah dari surah al-Baqarah yang
menerangkan tentang hutang. Panjang lebar Allah cerita tentang hutang. Dan ayat
ini juga salah seorang pelajar di sini agak lambat untuk menghafalnya. Kerana panjangnya
ayat ini. Satu muka surat. Tetapi lagi senang menghafal ayat itu dari membayar
hutang yang berpuluh ribu itu.
Tapi,
jika dengan hafal ayat tentang hutang pun, itu bukan caranya untuk saya
selesaikan hutang PTPTN walaupun ayat itu telah lama saya hafal. Ayat ini
dijadikan panduan. Sekiranya berhutang, apa yang yang sepatutnya perlu
dilakukan.
Saya
berdoa pada Allah agar diberi kesempatan untuk bayar semua hutang di dunia
sebelum menuju ke barzakh.
Saya
menghentikan lamunan kerana ada pelajar yang datang untuk tasmi’.
Dan jodoh
saya dengan ayat tentang hutang itu sangat kuat. Adik ini datang dan menghafal
ayat 282 dari surah al-Baqarah.
Saya
meneliti tiap bacaanya dan membaca maksud ayat itu.
Ala... terasanya... keadaan masih tak mengizinkan nak bayar jugak. :(
ReplyDeleteInsyaAllah kak...jom sama2 kita doa supaya menjadi penulis. Mana tahu, hasil dari itu dapat kita bayar sedikit demi sedikit hutang. hehe
ReplyDeleteYa Anis. Hanya itu saja cara yang terbaik yang kita ada setakat ni. Kan...
Delete