Teks: Anis Sakinah Azizan
Gambar: Google
Dia.
Yang
berada di hadapan saya semasa di dalam kelas sentiasa tersenyum. Raut wajahnya
yang manis dan berlesung pipit di pipi kirinya.
Hari
ini wajah saya masam mencuka, emosi terumbang-ambing. Mungkin kerana kondisi
kesihatan yang kurang baik. Demam panas.
Dia juga
seorang yang tidak pernah melempar senyuman tawar. Pasti tersenyum manis. Gaya sengihannya
tersendiri. Hidup seperti tiada duka.
Wajah
saya yang kelat bertukar normal apabila terpandang senyumannya yang jelas menampakkan sebaris gigi putih.
Dia pandang
saya. Saya memandangnya kembali.
Hari
itu, hari yang saya anggap hari kesedihannya. Ayahnya telah pergi menghadap
Ilahi kerana menghidap penyakit kencing manis. Dia kembali semula kepada kami, selepas
saya bertanya tentang khabar keluarganya, dia hanya tersengih. Langsung tiada
riak sedih di wajahnya. Saya hanya mendiamkan diri dari bertanya lagi. Pernah juga hati saya berbisik, dia ini tidak ada rasa sedihkah? ya, mungkin dia juga turut bersedih dengan apa yang dilaluinya. Namun, tidaklah dia membiaskan kesedihan di wajahnya.
Sebenarnya,
saya sedang menulis perihal dia di hadapannya tanpa dia tahu. Dia hanya tahu
senyum dan tersengih bila memandang saya sambil mulutnya menghafal surah Al-
Baqarah.
Sedang
otak saya ligat memikirkan apa yang perlu ditulis lagi di dalam diari ini, saya
terpandang dia. Dan seperti biasa dia tunjukkan tingkah laku yang sama.
Saya
tewas dengan riak wajahnya kerana ketika ini wajah saya masam mencuka.
Terima
kasih kepada dia yang telah memberi saya erti suka dalam duka. Bahagia dalam
derita. Pahit dalam manis.
Akhirnya
saya tersenyum membalas senyumannya.
No comments:
Post a Comment