Dua hari
lagi majlis perkahwinan kawan saya. Nadia namanya. Orangnya tinggi lampai dan
berkulit cerah. Saya mengenalinya semasa sama-sama mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Walaupun kami berlainan kos, tidak menjadi masalah ketika itu untuk duduk sama
menelaah subjek yang berlainan. Kebetulan pula, kami sama-sama menetap di
Sungai Petani.
Semalam, saya pergi ke Tesco untuk
mencari hadiah perkahwinan. Tiada idea langsung untuk beri hadiah apa yang
sesuai dan memberi manfaat yang panjang kepadanya. Jika diberi pinggan mangkuk
yang berkaca pasti ramai yang memberinya. Melihat pada album gambar, tidak pula
menarik perhatian saya.
Akhirnya, saya singgah di kedai buku
POPULAR. Nah, inilah hadiah yang saya maksudkan. Sesuai dan memberi manfaat
berpanjangan. Lama juga saya membelek-belek buku yang sesuai dan baik di antara
yang terbaik.
SENTUHAN ROHANI BUAT SUAMI
ISTERI AGAR CINTA BERSEMI INDAH
Kesalahan dan kesilapan suami
isteri yang sering terjadi tetapi terlepas pandang.
Tajuk
buku yang sesuai pada perkiraan saya. Ianya merupakan hadiah istimewa buat
suami isteri dan bakal pengantin.
Selamat
menempuhi alam perkahwinan!
No comments:
Post a Comment