Teks: Anis Sakinah Azizan
Dua hari yang lalu, saya menjadi guru Bahasa Melayu dan setiausaha yang tidak diikhtiraf. Kelas menghafal al-quran berjalan serentak dengan tugas menjadi guru Bahasa Melayu apabila salah seorang anak Ummi kerap meminta saya mengajarnya membuat karangan surat tidak rasmi. Si comel Amni (bukan nama sebenar) akan membawa kerja sekolahnya menghadap saya. Dia mengambil posisi sebelah kanan saya. Dengan nada yang manja, dia akan tersengih sahaja sambil menunjuk buku karangannya. Fahamlah saya ketika itu.

Karangan
tersebut adalah tentang pengalaman seseorang yang bercuti di Pulau Langkawi. Tujuan
surat itu ditulis adalah untuk dikirim kepada sahabatnya bagi menceritakan
pengalaman diri (si pengirim) bercuti bersama keluarganya di sana.
Sebelum
saya mengajarnya membuat isi dan ayat apa yang perlu diceritakan, saya
terangkan dahulu tentang format membuat karangan surat tidak rasmi. Hampir setiap ayat perlu dijana dengan idea
saya sendiri. Kalau begitu sampai bila hendak pandai membuat karangan. Itulah yang
selalu saya bising kepada Amni.
Dia memanggil
saya dengan gelaran “Kak Anis” dan sesekala dengan panggilan “ustazah”. Tetapi saya
lagi selesa jika mereka di sini memanggil saya dengan Kak Anis sahaja.
Baiklah,
setelah membina ayat demi ayat, Amni hanya mahukan ayat yang ringkas sahaja. Kata
saya kepadanya: Jika mahu membuat ayat, pastikan ayat itu jelas dan memberi
faham. Jangan mengantung ayat tanpa ayat penyambung yang lengkap. Barulah karangan sedap dibaca.
Apabila
mengajarnya mengarang, teringat pula saya suatu ketika dulu. Mak selalu sahaja
beri idea dan ayat yang mantap sehingga saya kurang selesa mahu tulis, bimbang
ayat terlalu power dan sedap. Waktu itu membuat karangan peringkat darjah enam.
Tapi mak ajar seperti karangan budak sekolah menengah.
Kali
ini, perkara yang sama saya lalui. Amni bimbang saya membuat ayat yang panjang.
Sebab itu dia mahu ringkas sahaja. Saya ketawa dalam diam. Fahamlah saya akan
situasinya.
Dan dua
hari yang lepas juga, saya membantu Ustaz membuat surat pengesahan pelajar.
Lama sudah tidak membuat kerja-kerja seorang setiausaha. Jawatan setiausaha
sentiasa tersemat di hati. Zaman universiti yang banyak mengajar dan melatih
diri.
Ini catatan
dua hari yang lepas.
No comments:
Post a Comment