Teks:
Anis sakinah Azizan
Foto:
Koleksi peribadi
Segala
puji bagi Allah.
Syukur
ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya coretkan sesuatu di sini.
Saya
memperkenalkan diri dengan nama penuh Anis Sakinah Azizan, anak jati Kedah yang
menetap di Sungai Petani sejak kecil lagi. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Agama Daris Sungai Jagong, Sungai Petani Kedah dari darjah satu hingga ke
tingkatan enam. Seterusnya meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di
Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Muamalat. Seorang yang
bercita-cita untuk menjadi seorang penulis dalam bidang penulisan kreatif. Moga
langkah ini terus maju dan berjaya hingga ke puncak.
Sebelum
membina blog ini, saya telah pun aktif menulis blog semasa di alam kampus. Blog tersebut
tidak fokus pada sesuatu penulisan kerana lebih bersifat peribadi. Blog itu boleh
dijumpai di carian google dengan alamat temansetiaketenangan.blogspot.
Tak
kenal maka tidak bercintalah kita, sebagaimana saya mengenali Puan Mazlia Murat
iaitu Guru Kelas Online Kelas Penulisan Kreatif saya, saya seperti jatuh cinta
terhadapnya, beliau membimbing saya untuk terus melangkah lebih maju dalam
dunia penulisan kreatif yang begitu diminati oleh saya.
Saranan
beliau terhadap saya adalah untuk menfokuskan sesuatu jenama untuk saya
tuliskan di sini, setelah ditimbang-timbang, maka Puan Mazlia mencadangkan agar
saya menulis tentang dunia Tahfiz Al-Quran. Hal ini adalah kerana menurut situasi
saya sekarang, saya terdedah ke arah itu dan mempunyai pengalaman tentang
tahfiz walaupun tidak banyak.
Selepas
tamat pengajian di alma mater pada tahun ini, saya agak runsing untuk mencari
pekerjaan yang sesuai. Akhirnya, saya ditawarkan untuk menjadi warden di Maahad Tahfiz (perempuan) As Sofwah di Sungai Petani hasil perkenalan dengan
seseorang di laman sosial Facebook. Niat asal mencari maahad tahfiz
adalah untuk menyambung hafalan Al-Quran yang sudah lama saya tinggalkan sejak
di bangku sekolah, tetapi disebabkan umur saya yang boleh disamakan dengan
seorang guru sekolah, ummi maahad tahfiz tersebut memberi peluang untuk saya
membantunya menjaga maahad tahfiz.
Saya
juga mempunyai impian kecil untuk menubuhkan pusat pengajian Al-Quran, dengan pengalaman
saya bekerja di bawah seorang ustaz yang menubuhkan maahad tahfiz untuk menyempurnakan tanggungjawab sosialnya,
moga-moga suatu hari nanti, impian ini dapat digapai dengan berbekalkan ilmu
dari orang yang lebih berpengalaman.
Saya
mungkin tidak mampu menceritakan segalanya walaupun dilalui sendiri kerana
keterbatasan upaya. Namun saya yakin apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti
terselit nilaian, pengajaran, tafsiran dan ilmu yang menjerumus kepada
kekuasaan Allah.
Akhir
sekali, semoga tulisan saya ini bermanfaat pada semua.
Assalamualaikum, salam taa'ruf juga akak. Wah! Seronoknya jumpa orang yang macam akak! Jaga-jaga saya akan sentiasa menghantui blog ini nanti! ^^
ReplyDeleteWaalaikumussalam dik..terima kasih kerana meninggalkan jejak adik di sini, sama-samalah kita berkongsi ilmu ye..salam taa'ruf dari akak ^^
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete