Teks: Anis Sakinah Azizan
Foto: Lukisan pelajar
Sudah
lama saya berniat untuk menulis diari. Dan hari ini, saya mengerak-gerakkan
tangan saya untuk menulis diari. Saya namakan diari ini “Diari Ustazah Warden”.
Terima kasih kepada sahabat saya yang jauh nun di Sabah kerana menggelarkan
saya sebagai Ustazah Warden, walaupun sudah berkali saya katakan kepadanya agar
tidak memanggil saya dengan gelaran ustazah. Jadi, saya pinjam katanya untuk
diberi nama pada diari ini.
Sahabat saya itu akan memanggil saya
dengan perkataan UW sahaja. Ianya adalah singkatan kepada Ustazah Warden.
Inilah nama yang unik juga buat saya. Selain perkataan guru kecil, guru besar,
pengawas sekolah dan warden asrama yang selalu kita sebut, belum ada gelaran
Ustazah Warden hinggap di telinga ini. Ini adalah gabungan guru (ustazah) dan
warden.
Kenapa saya ingin menulis diari ini?
Sebenarnya, saya ingin berlatih menulis di samping mencatat kisah biasa yang
saya lalui. Mungkin diari ini membantu saya di kemudian hari. Menulis dan
membaca semula.
Baiklah, hari ini cukup sebulan saya
bekerja sebagai warden di maahad tahfiz. Sudah tentu dalam sebulan ini cukup
bagi saya untuk memulakan diari ini. Daripada mencatat sahaja di minda lebih
baik saya tulis di dalam diari. Adakah saya akan menulis diari ini setiap hari?
sampai bila saya akan menulis diari ini? adakah saya akan terus menulis diari
ini walaupun sudah mendapat pekerjaan yang lain? Itulah persoalan yang tak
mampu saya pastikan.
Selain menjadi warden, saya juga
mengajar pelajar-pelajar di dalam kelas, memantau mereka melakukan kerja
harian, kejut mereka di awal pagi, arahkan mereka untuk makan, solat, mandi dan
bangun dari tidur. Jika tidak disuruh, tidaklah dibuat dengan segera.
Saya seorang lepasan universiti dalam
bidang Perniagaan Islam. Disebabkan minat saya lebih cenderung ke arah mendidik
dan menulis, saya rasa kerja sekarang seperti sesuai dengan jiwa. Waktu kerja,
saya boleh fokus pada mengajar dan pada waktu lapang saya boleh menulis.
Kisah apa yang saya ingin coretkan
di dalam diari ini pun saya belum pasti. Tunggu sahajalah nanti bagaimana. Ini
adalah mukasurat pertama perkenalan Diari Ustazah Warden.
Diari Ustazah warden ini bukanlah
kisah-kisah harian yang memaparkan tiap gerak-geri manusia atau amalan rutin
dalam sehari. Mungkin saja sekadar coretan yang
membangunkan jiwa atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment