Teks: Anis Sakinah Azizan
Foto: carian Google
Foto: carian Google
Sabtu
yang lalu, Ustaz Tohiri yang berbangsa arab Yaman datang ke maahad untuk
mengajar tajwid, sudah menjadi kebiasaan untuk beliau datang mengajar
pelajar-pelajar di sini pada setiap hari sabtu. Ustaz Tohiri yang mengenakan
jubah putih dan berserban putih itu tampak berseri persis seorang ulama yang
dihormati. Uniknya ustaz ini adalah kerana beliau boleh berkomunikasi dalam
bahasa melayu walaupun agak lain sedikit sebutannya.
Para
pelajar tahfiz mengambil tempat masing-masing menghadap ke arah ustaz, al-quran diletakkan di atas rehal yang
kukuh sambil memasang gaya sopan tertunduk. Memang penggunaan rehal di sini
adalah wajib kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa kita dilarang sama
sekali meletakkan al-quran ditempat yang rendah atau di lantai.
Saya yang ketika itu masih belum bersiap
menghadiri majlis ilmu hanya mengintai dari jauh. Perlahan-lahan pintu bilik
dibuka. Memang tidak sopan perbuatan seorang warden seperti saya yang agak
malu-malu kucing untuk keluar.
Dua tiga orang pelajar yang sedar dengan
gelagat warden mereka terus tersenyum-senyum mengusik. Waktu itu, baru terasa
ketarnya nak melangkah keluar. inilah padahnya, jika lambat masuk ke kelas. Teringat
semasa di universiti dulu, jika lambat ke kelas, pensyarah tidak akan bertanya
kecuali mengikut mood ketika itu. Tapi kali ini majlis ilmu agama, saya patut
rasa bersalah dan tidak beradab.
Sebelum
Ustaz datang lagi, seorang pelajar datang mengetuk pintu bilik saya memberitahu
bahawa makcik-makcik di luar sana ingin melihat saya. Mungkin mereka teruja
hendak melihat warden pertama di maahad itu kerana sebelum ini maahad dijaga
oleh ummi dan suaminya Ustaz Fadzli secara langsung. Bagai pengantin perempuan
pula saya ketika itu, yang malu keluar dari bilik menghadap orang ramai.
Hukum belajar ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah. Dan membaca al-quran dengan tajwid itu adalah wajib ke atas semua mukallaf. jadi, pentingnya mempelajari ilmu tajwid ini. Saya yang mendengar kata-kata Ustaz Tohiri mengangguk-ngangguk tanda setuju
Tajwid
ialah membaca al-quran dalam keadaan tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf
dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada huruf-hurufnya.
No comments:
Post a Comment