Saturday 10 May 2014

Menulis Itu Ibadah

“Anis, menulis itu ibadah.”

Itulah kata yang dicoretkan oleh Tuan Bahruddin Bekri di muka hadapan buku Penulis yang Disayangi Tuhan sebelum ditandatanganinya. Tapi berapa ramai yang menulis kerana Allah? Dan tahniah buat mereka yang meletakkan Allah sebagai matlamat utama untuk menulis. Saya juga pernah ditanya, “kamu menulis kerana apa, siapa, dan kenapa?”

         Sungguh, waktu itu saya belum punya apa-apa jawapan. Jelaslah kini, mengapa saya selalu sahaja kurang praktis untuk menulis. Dalam erti kata lain, malas untuk menulis walaupun tahu benar musuh utama menulis itu adalah malas. Kerana apa? Sebab matlamat tidak jelas. Tidak meletakkan Allah sebagai tujuan utama. Selepas saya membaca buku karangan Tuan BB, saya faham kesemua isi yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Saya memuji novel ini walaupun pada mulanya saya kurang faham jalan ceritanya hinggakan saya hampir saja tidak ingin membacanya. Rupanya, saya harus bersabar ketika membaca, umpama menyelam ke dasar laut yang dalam untuk menemui mutiara yang berharga. Begitulah, saya memaksa diri untuk membaca dan akhirnya, saya dapat lebih dari itu.

            Selepas berbengkel tempoh lalu, alumni-alumni bengkel mewujudkan satu group sokongan yang diberi nama singkatannya sebagai KKS. Saya diberitahu oleh Tuan BB tentang group itu lantas dimasukkan sebagai ahli KKS yang akan bersama-sama bergerak secara berpasukan untuk menulis cerpen. Antologi cerpen ini bakal diterbitkan secara E-Novel oleh PTS dan dapat diakses melalui Google Play Store. insyaAllah, saya turut menyumbang sebuah cerpen untuk E-Novel KKS untuk siri yang ketiga. Projek ini akan berterusan selama mana mungkin. Inilah langkah pertama untuk saya maju setapak di dalam bidang penulisan. Terima kasih atas peluang itu.

            Saya ada penyakit rendah diri yang sangat dalam. Hal itu selalu sahaja membebankan minda saya. Bukanlah kerana bimbang dikritik atau ditegur. Cumanya, rasa seperti ingin melahirkan anak sahaja. Walaupun saya tidak tahu rasa yang sebenar itu bagaimana. Rasa yang buat saya takut-takut. Itulah rasanya selepas saya menghantar karya pertama itu kepada editor KKS. Akhirnya selepas menghantar di emel terus saya memejamkan mata, tidur. Moga-moga dengan harapan bangun dari tidur esok pagi rasa itu sudah hilang. Berada bersama ahli alumni yang lain juga buat saya merendah diri. Saya ini apa yang ada, sedangkan yang lain sudah lama berjinak dalam bidang ini.

            Sebenarnya saya rindu dengan Kak Siti Khadijah Diana. Dia rakan satu kelas penulisan online bersama saya. Oh ya, nanti dia akan baca juga post saya ini. “Kak, ke mana menghilang?” Dah lama tak borak-borak di FB tanyakan pendapatnya tentang penulisan. Saya yakin, dia menyepi seketika untuk selesaikan satu tugasan atau tanggungjawabnya. Mungkin sedang menumpukan sepenuh perhatian pada novel keduanya. Beliau juga teman berbual saya untuk memberi semangat saat saya kebuntuan. Moga-moga dia sihat dan berada di dalam perlindungan Allah.

            Buat guru online saya, Puan Mazlia Murat yang kini sudah menimang cahaya mata yang comel, terima kasih atas tunjuk ajar. Maafkan saya kerana masih terbengkalai dalam menyiapkan tugasan dan kurang memeriahkan blog ini. Doakan saya terus maju serta yakinkan saya bahawa saya tidak tersalah langkah untuk terjun dalam bidang ini.

            Kata orang, apa yang kita minat tidak semestinya itu yang kita perlu. Saya berharap sangat agar tanggapan itu tidak seratus peratus benar. Mungkin Allah mahu saya terus belajar lagi. Kini saya sedar, menulis juga bukan sesuatu yang mudah. Saya kagumi mereka yang telah menghasilkan karya sendiri. Dalam hati tak putus-putus menyoal, bagaimana mereka boleh menghasilkan novel?

            Menulis cerpen atau novel tidak sama seperti mengupdate status di facebook, huhu. Itu saya akui. Untuk mengemaskini status di facebook, pantas saja jari ini, tambah-tambah bila idea tengah mengalir. Terus saya menulis di dinding facebook. Dari situ, ada yang menyangka saya akan dapat membuat cerpen yang baik dek kerana mereka membaca status fb saya. Wahal, sangat bertentangan. Rasa perit bila tidak selalu berlatih menulis. Apabila diberi due date untuk menghantar cerpen, kelam kabut saya siapkan. Dapat last minute sebabnya saya ketinggalan mengikuti kumpulan sokongan itu. Kerana keperihatinan Tuan BB, saya sempat berada di situ. Umpama baru hendak naik kapal, sedangkan kapal itu hampir sahaja mahu bergerak ke destinasinya. Huh,berpeluh. Namun saya bersyukur atas peluang itu. Saya harap, dapat berlayar bersama-sama ke tengah lautan penulisan.

            Kembali semula ke tajuk asal. Seperti yang saya ingin tekankan di sini. Menulislah, kerana ianya satu bentuk ibadah. Satu cabang dakwah, dakwah bil maqal.






5 comments:

  1. Salam sis. Baru berkesempatan baca. Ya, akak baca post ni. Hehehe.

    Untuk Anis, teruskan menulis. Memang diakui, malas memang musuh utama seorang penulis. Sebab itu, kita kena displin. Tapi, masing-masing punya cara masing-masing. Akak hanya menulis time nak menulis. Akak tak suka paksa. Tapi sebenarnya, ia sangat merugikan. Tapi inilah diri akak.

    Jangan terlalu fikirkan kelemahan karya yang kita hasilkan. Kalau ada orang kritik, ambil semua tu sebagai teguran untuk kita meningkatkan tulisan kita di masa akan datang. Yang paling Anis kena tahu, kena lawan kritikan dalam diri semasa menulis. Abaikan komen-komen macam 'best ke tak karya aku ni.' Janji siap satu, lepas tu edit.

    Insyaallah, akak doakan 'first baby' Anis akan keluar nanti. Yang penting, jangan menyerah. Usaha dan tawakkal ya. :)

    p/s : akak ada aje dalam FB. Pm bila-bila masa, pasti akan dijawab. Cuma akak tak pandai nak update status bagus-bagus macam yang Anis buat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak..Alhamdulillah ...terima kasih kerana masih menyuntik semangat Anis. InsyaAllah, Anis akan buat yang terbaik untuk karya yang seterusnya. Projek selepas ini harus di-submit sebelum 16 Jun. Cerpen juga.

      Ok. Baik, ingat Akak terus deactive facebook.he

      Delete
    2. Hehe. Tak adalah. Ada time deactive jugak. Tapi akan on balik kalau nak berhubung untuk kerja. Teringin sangat nak terbitkan cerpen, tapi tak ada rezeki lagi. T_T

      Delete
    3. Akak, try follow fb projek 50 penulis-pembaca itu, mereka akan meneruskan projek Kapsul Nurani 2. Hantar saja karya ke emel mereka. Satu lagi saya lihat di fb sekarang para alumni kursusupenulisan telah menjalankan projek cerpen muzikal. Akak terlibat tak? atau tahu mengenainya?

      Delete
    4. Nanti akak try cek.

      Delete