Tuesday 27 May 2014

Kembara Ilmu: Coretan Ringkas PBAKL14

Teks: Anis Sakinah Azizan
Gambar: Koleksi peribadi


Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur merupakan sebuah kota buku yang diadakan pada setiap tahun. PBAKL2014 kali ini berlangsung selama sebelas hari bermula pada 24 April hingga 4 Mei 2014 di Putra World Trade Centre. Saya difahamkan, pesta buku kali ini merupakan kali yang ke-33. Semoga usaha ini diteruskan lagi pada masa hadapan demi memartabatkan ilmu dan membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat.

            Acara ini merupakan satu salah peluang kepada pengiat industri buku, syarikat-syarikat penerbitan dan pengedar buku untuk mempamerkan produk-produk mereka. Jualan secara diskaun, cabutan bertuah dan tawaran hadiah yang menarik menjadikan para pembeli berpuas hati untuk berbelanja tanpa kisah. Manfaat-manfaat sebegini tidak datang berkunjung setiap hari, maka tidak hairanlah jika ada di kalangan pembeli berbelanja besar untuk menikmati manfaat-manfaat tersebut.

            Suasana yang sesak dibanjiri orang ramai bukan lagi fenomena biasa di sini. Pengunjung-pengunjung sudah pun mula menapak pada hari pertama lagi. Kemudahan-kemudahan seperti kerusi urut, kafe dan sudut membaca juga disediakan untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung.

            Di sini juga pemain-pemain di dalam industri dunia penulisan, penerbitan dan perbukuan berhari raya. Maka, dengan adanya pesta sebegini, dapatlah para pembaca, peminat dan orang ramai bertemu sua dengan penulis kesukaan mereka secara tidak langsung. Selain itu juga,ada di kalangan mereka ini yang mencuri peluang untuk terus berjumpa editor atau penerbit bagi memanjangkan angan-angan untuk menjadi salah seorang penyumbang karya di Malaysia.

            Alhamdulillah, kembara kali ini saya dapat bertemu dengan dua orang penulis di booth PTS. Ini adalah kali kedua saya bertemu dengan Tuan Bahruddin Bekri dan Cik Puan Azzah Abdul Rahman. Maka, sempatlah saya mendapatkan tandatangan mereka berdua untuk beberapa buku yang saya bawa dari rumah dan ada juga yang dibeli dari sana. 



          Misi saya untuk bertemu penulis kali ini menjadi realiti sebelum dua hari lagi pesta buku ini melabuhkan tirainya. Saya menghabiskan masa selama dua hari di kota buku tersebut. Alang-alang datang dari jauh, biarlah duduk lebih lama. Moga kembara kali ini mendapat manfaatnya.



            Saya mengharapkan suatu hari nanti PBAKL tidak lagi menjadi pesta buku tahunan. Sebaliknya menjadi acara setiap bulan atau lebih baik dari itu diadakan pada setiap hari. Jadi, masyarakat akan terdedah dengan persekitaran buku dan menjadikan membaca sebagai gaya wawasan.


Coretan ringkas si penggembara ilmu.


3 comments:

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan dan salam penulisan. Mana tahu, tahun depan tuan blog ini pula akan berada di booth untuk promosikan bukunya. Semoga berjaya.

    P/S: Sudahkah membaca buku saya? Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM 2014. Jika berminat boleh dapatkan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sekian, terima kasih. Daripada seorang penulis baru untuk mencetuskan inspirasi dan motivasi berkarya sesama penulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tuan, saya selalu juga mengunjungi blog Tuan. Tahniah! sudah ada hasil karya yang bermutu. Buku Tuan saya belum baca dan bercadang untuk mendapatkannya. Di pasaran buku sudah adakah? Jika ada, nanti saya cari di sana saja. Jika tidak saya temukan, boleh saya terus memesan dengan Tuan.

      Oh ya, sebelum itu, terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan jejak Tuan di sini. Semoga saya berjaya seperti Tuan juga, Doakan.

      Delete
  2. Oh, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Ya, sudah ada di pasaran. Jika tidak ketemu, boleh pesan dengan saya. Dengan saya pun masih ada stoknya.

    ReplyDelete